
Oct 12, 2022
Sempena sambutan Bulan Komuniti Kanak-kanak pada tahun ini, Kelab Rotary Kuala Lumpur Dinamik dalam usaha memberi keceriaan kepada 25 kanak-kanak di Rumah Kasih Harmoni Keramat Kuala Lumpur memberi packet juadah "Happy Meal" kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 7 tahun. Rotarian Wani, mewakili Kelab Rotary Kuala Lumpur Dinamik turun ke padang memeriahkan suasana bersama-sama dengan mereka.
“Setiap senyuman terukir adalah sangat berharga, kerana mereka tidak bersendirian dan dihargai. Dalam membentuk kanak-kanak yang membesar sihat dan berdaya saing, kesihatan mental amatlah penting."
Saya berasa bangga menjadi ahli kelab Rotary terutama di Kelab Rotary Kuala Lumpur Dinamik kerana kepimpinan kelab dan ahli-ahli tidak pernah ketepikan sesiapa dan menitikberatkan nilai keterangkuman dan kebersamaan. Sememangnya dinamik.
Sumber & kredit foto: Kelab Rotary Kuala Lumpur Dinamik
#rotary #rotarymalaysia #peopleofaction